suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi makan apam balik, wanita maut dengan mulut berbuih

Seorang wanita maut selepas menikmati apam balik yang disyaki diracun. -sekadar gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 26 tahun maut selepas menikmati apam balik yang disyaki telah diracun.

Kejadian berlaku di Desa Ngimbangan, Kecamatan Mojosari, Kabupaten Mojokerto, Jawa Timur di Indonesia, pada Isnin.

Kuih tersebut dibawa oleh seorang tetamu ke rumah sewa mangsa di Kampung Ngimbangan.

Mangsa dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia, dengan keadaan mulutnya berbuih.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Model diberi dadah, diracun sebelum mayat disorok dalam keranda konkrit

Ketua Polis Daerah Mojosari, Kompol Kariono berkata, seorang wanita maut yang didakwa diracun di sebuah rumah sewa.

Racun itu didakwa dimasukkan ke dalam kuih apam balik yang dimakan mangsa.

"Mangsa disyaki telah diracun sehingga mengakibatkan kerosakan organ dalaman," katanya.

Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek yang menyebabkan kematian mangsa. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain