suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis tangkap penganjur parti gay di Kota Batu, 4 lagi peserta lelaki buat aksi tak senonoh sedang diburu

Penganjur parti itu ditangkap dan ditahan selama 20 hari.

PENGANJURAN sebuah parti gay di Villa Kota Batu, Jawa Timur, Indonesia, terbongkar selepas rakaman sekitar acara itu tersebar menerusi Twitter.

Berdasarkan video tular, kelihatan lima lelaki sedang melakukan aktiviti tidak senonoh dalam keadaan berbogel.

“Jadi ada foto dan video yang tersebar di media sosial, kami segera melakukan siasatan dan ternyata lokasinya di Kota Batu,” jelas Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Batu, AKP Yussi Purwanto pada Selasa.

Siasatan yang dilakukan membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 29 tahun.

Kata polis, lelaki itu merupakan penganjur kepada parti berkenaan dan dia kini ditahan selama 20 hari di Penjara Kelas IA Lowokwaru Malang.

"Berdasarkan kenyataan suspek, terdapat 5 lelaki yang hadir ke majlis itu termasuk dirinya. Parti itu pernah diadakan dua kali pada 2021 dan 2022," kata Yussi lagi.

Tambah polis, empat peserta parti itu kini sedang diburu bagi membantu siasatan. - Detik News.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain