suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh penumpang muntah, berak merata dalam pesawat... kru kabin pakai mask, sarung tangan bersihkan

Kru kabin membersihkan kekotoran di dalam pesawat. foto Bhaskar Dev Konwar

KECOH sebuah pesawat apabila seorang penumpang mabuk didakwa muntah dan cirit di sekitar tandas.

Insiden tersebut berlaku dalam penerbangan dari Guwahati to Delhi, India, pada 26 Mac lalu.

Menurut beberapa penumpang, individu berkenaan juga dilaporkan muntah di luar tandas dan kencing di lantai.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak senonoh! Penumpang 'buang air kecil' dalam tren

Insiden mengejutkan itu mencetuskan kemarahan di media sosial selepas gambar seorang kru kabin sedang membersihkan sekitar pesawat menjadi tular.

Salah seorang penumpang, Bhaskar Dev Konwar, berkongsi insiden itu di laman sosialnya.

Foto yang dimuat naik itu menunjukkan seorang kru kabin memakai pelitup muka dan sarung tangan, sedang membersihkan kekotoran di dalam pesawat.

Tindakan kru kabin itu dipuji kerana berjaya mengawal keadaan. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain