suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkahwinan 20 tahun musnah... Suami cemburu kelar leher isteri gara-gara tidak berbaju ketika menelefon lelaki lain

Seorang lelaki ditahan kerana didakwa mengelar leher isteri sampai mati. -gambar hiasan

SEORANG lelaki mengelar leher isterinya kerana tidak berbaju ketika bercakap dengan lelaki lain menerusi panggilan telefon.

Dalam kejadian di Krabi di selatan Thailand pada Rabu, lelaki berkenaan kemudian melarikan diri.

Polis kemudian berjaya mengesan dan menahan suspek berusia 50 tahun di sebuah ladang kolam ternakan udang di Ranot, wilayah Songkhla.

Suspek mengaku membunuh isterinya berusia 58 tahun di rumah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tergamak kelar leher anak dan isteri, lari naik motor dalam keadaan bogel

Menurut suspek, dia pulang ke dari tempat kerja dan mendapati isterinya sedang baring tanpa berbaju ketika menelefon lelaki lain.

Berang dengan keadaan itu, dia mengambil parang sebelum mengelar isterinya sehingga mati.

Jelas suspek lagi, dia dan isteri hidup bersama selama lebih 20 tahun dan kebanyakannya berbaik-baik kecuali hanya beberapa pergaduhan.

Suspek kini ditahan dan berdepan dengan pertuduhan kerana membunuh.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - thethaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain