suria

Khusyuk buat kerja, lelaki terkejut nampak entiti seperti pocong dalam ladang ayam... Cuba halau tapi akhirnya cabut lari!

Pekerja ladang ayam cuba menghalau entiti dipercayai pocong namun akhirnya melarikan diri. Foto: TikTok @sinweywey

RAKAMAN memaparkan penampakan makhluk dipercayai pocong di dalam sebuah ladang ayam, menjadi tular di media sosial.

Video tersebut yang merupakan rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @sinweywey.

Menerusi video berdurasi 1.12 saat itu, kelihatan seorang lelaki dipercayai pekerja ladang ayam berkenaan sedang melakukan kerjanya dengan khusyuk tanpa menyedari kehadiran entiti putih yang sedang berdiri di satu sudut ladang berkenaan.

Pekerja itu hanya sedar selepas melepasi entiti itu yang kemudian melompat-lompat di sebelah kanannya.

Dek terlalu terkejut, pekerja tersebut cuba menghalau entiti berkenaan menggunakan peralatan yang sedang dipegangnya.

Namun ternyata usahanya hanya sia-sia apabila entiti berkenaan terus berdiri.

Pekerja tersebut kemudian bertindak melarikan diri kerana terlalu takut.

Bagaimanapun, lokasi sebenar ladang ayam tersebut tidak dinyatakan, namun dipercayai berlaku di Indonesia.

Sehingga kini video berkenaan meraih sehingga 3.6 juta jumlah tontonan, selain dibanjiri ribuan komen.

Rata-rata warga maya turut melahirkan rasa seram selepas melihat video berkenaan.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan bahawa pocong sememangnya sering kelihatan di ladang ayam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain