suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang diberhentikan kerja, tukang cuci kereta balas dendam! Curah asid pada kenderaan milik penghuni pangsapuri

Rakaman CCTV memaparkan Ramraj sedang mencurahkan asid pada kereta penghuni pangsapuri. Foto: India.com

SEORANG lelaki yang bekerja sebagai pencuci kereta bertindak nekad merosakkan kenderaan milik penghuni di sebuah pangsapuri menggunakan asid untuk membalas dendam selepas dia dipecat daripada pekerjaan tersebut.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah pangsapuri di Noida, Uttar Pradesh, India pada Rabu lalu.

"Tertuduh, Ramraj bekerja sebagai pencuci kereta di kawasan perumahan tersebut. Sebilangan penduduk tidak berpuas hati dengan kualiti kerjanya sehingga mereka memutuskan untuk memberhentikannya.

"Bagaimanapun pada Rabu, dia merosakkan sekitar sedozen kereta dengan menyimbah asid ke atasnya," kata pegawai kanan polis, Jitendra Singh.

Pemilik kereta yang rosak kemudian melihat rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati Ramraj adalah dalang di sebalik kejadian berkenaan.

Ramraj yang melarikan diri bagaimanapun berjaya dikesan dan ditahan polis.

Tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan di atas perbuatan jenayahnya. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain