suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu selamba ketawa beri bayi 11 bulan hisap vape sampai tersedak

Seorang bayi berusia 11 bulan diberi hisap vape. foto Facebook

SEORANG ibu mencetuskan kemarahan orang ramai selepas dia ketawa melihat bayinya berusia 11 bulan diberi hisap vape.

Wanita dari Kempsey di New South Wales (NSW) Australia, mencetuskan kemarahan netizen apabila memasukkan peranti rokok elektronik ke dalam mulut kanak-kanak itu.

Dia kemudian meletakkan vape itu ke dalam mulut bayi lelaki itu sehingga tersedak dan mengeluarkan asap.

Kedengaran ibu bayi itu hanya ketawa sambil menyaksikannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki koma selepas hisap vape

Bagaimanapun, dia kemudian meluahan 'kesal' berhubung kejadian itu dan tidak tahu dirinya dirakamkan.

Bercakap kepada The Daily Telegraph, dia berkata: "Saya harap saya tidak melakukannya, tetapi saya tidak pernah berniat untuk menyakitinya. Saya tidak akan menyakitinya."

Sementara itu, polis NSW tidak membuat dakwaan selepas melakukan pemeriksaan terhadap bayi berkenaan.

"Polis telah bercakap dengan keluarga kanak-kanak itu dan - mengikut nasihat yang diberikan oleh profesional perubatan dan agensi kerajaan lain, tiada tindakan selanjutnya akan diambil," katanya.

Sebagai peringatan, perbuatan memberi kanak-kanak menghisap vape bukan sahaja salah dari segi undang-undang, malah memudaratkan kesihatan dan semua pihak perlu menjauhinya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain