suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk kampung tunjuk perasaan, desak penghulu letak jawatan kerana didakwa minta foto bogel isteri orang

Ratusan penduduk kampung Desa Ungga mengadakan tunjuk perasaan mendesak penghulu mereka meletak jawatan. Foto: DetikBali.

RATUSAN penduduk Desa Ungga, Lombok Tengah berkumpul di hadapan pejabat penghulu desa bagi mendesak pemimpin tersebut meletakkan jawatan, susulan didakwa berkelakuan tidak seonoh terhadap seorang wanita.

Penghulu Desa Ungga, Suasto Hadiputro Armin didakwa meminta foto bogel seorang wanita, melalui aplikasi WhatsApp.

Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai L, berumur 19 tahun dan merupakan isteri kepada seorang penduduk kampung tersebut.

Kekecohan tercetus selepas suami kepada L, yang dikenali sebagai Kariyawan, 49, membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun Suasto menafikan tuduhan tersebut.

Suasto menjelaskan bahawa nombor WhatsApp yang dikatakan miliknya yang meminta foto bogel L, sudah lama tidak digunakannya.

Berikutan tuduhan tersebut, sejumlah penduduk desa itu melakukan tunjuk perasaan di pejabat Suasto bagi meminta dia meletak jawatan pada Selasa lalu. - Detikbali

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain