suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tema ‘rare’! Nikah berkonsepkan COD, pengantin lelaki diarak dalam kotak sebelum kena ‘unboxing’ di rumah bakal isteri

Pengantin lelaki dihantar dengan menggunakan kotak ke rumah pengantin perempuan.

SESETENGAH pasangan tidak kisah untuk mengaplikasikan konsep atau tema unik ketika hari bahagia mereka.

Begitulah juga halnya dengan sepasang mempelai dari Bogor, Indonesia ini.

Pasangan berkenaan menjadi tular di media sosial kerana menggunakan tema Cash-On-Delivery (COD) di mana pengantin lelaki dibungkus dalam kotak untuk dihantar ke rumah pengantin perempuan.

Menerusi video yang tular di media sosial, pengantin lelaki tersebut yang 'dibungkus' di dalam kotak besar diarak oleh rakan-rakannya ke lokasi rumah pegantin perempuan.

Malah lebih menarik perhatian, rakan-rakan pengantin lelaki tersebut juga mengenakan pakaian seperti penghantar barang.

Sebaik saja dia tiba di rumah pengantin perempuan, kotak tersebut dibuka sebelum pengantin bersiap sedia untuk acara ijab kabul.

Sungguhpun tema tersebut boleh dikatakan agak luar biasa dan unik, namun upacara pernikahan pasangan berkenaan berjalan dengan lancar.

Selepas selesai ijab kabul, pasangan berkenaan kemudian bergambar bersama rakan-rakan dan tetamu yang hadir ke majlis berkenaan. - Tribunnewsbogor.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain