suria

Seram! Biri-biri 'bertawaf' tanpa dikawal, penduduk setempat percaya itu petanda kiamat sudah hampir

Biri-biri yang berpusing dalam bulatan.

BEBERAPA gambar aneh dilihat tular di media sosial mengenai biri-biri berpusing dalam bulatan.

Penduduk setempat mengatakan insiden itu petanda kiamat sudah hampir.

Pemilik ladang berkata kejadian itu bermula dengan beberapa ekor biri-biri berpusing dalam bulatan sebelum keseluruhan kawanan biri-biri mengikut sekali.

Lebih menganehkan, dari 34 kandang yang ada di ladang itu, hanya biri-biri dari kandang nombor 13 yang berkelakuan sebegitu.

Ramai yang berbincang tentang insiden itu, ada yang mengatakan ia adalah perkara biasa dan ada juga menyatakan sesuatu buruk bakal berlaku.

Namun begitu, terdapat seorang warga maya di Twitter yang memberikan hujah saintifik bahawa kejadian itu berpunca dari penyakit listeriosis.

Penyakit itu boleh menjejaskan biri-biri dan juga manusia.

Antara gejala listeriosis adalah kurang koordinasi, air liur meleleh dan bergerak dalam pusingan.

Setakat ini kejadian biri-biri berpusing dalam bulatan di Mongolia itu masih belum dikenal pasti punca sebenarnya. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Biri-biri, pelik, kiamat, aneh, fenomena

Artikel Lain