suria

[V] Lelaki bikin kecoh tunggang basikal bawa 9 anak, ada yang terpaksa duduk atas roda

Seorang lelaki menunggang basikal sambil membawa sembilan anaknya.

GOLONGAN miskin dan terpinggir di negara-negara dengan populasi yang semakin meningkat seperti India dan Afrika dipersalahkan kerana populasi kini mencapai 8 bilion.

Seorang lelaki menjadi tumpuan apabila dilihat menunggang basikal sambil membawa sembilan anaknya sendiri.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Afrika, dan rakaman video tular di media sosial.

"Hari ini penduduk dunia mencecah 8 bilion, manusia seperti itu banyak menyumbang dalam pencapaian ini," tulis seorang pengguna Twitter yang berkongsi video tersebut.

Rakaman itu menunjukkan dua daripada kanak-kanak itu berada di hadapan dan seorang duduk tepat di atas roda.

Malah, lelaki berkenaan membawa dua kanak-kanak dalam pelukannya sambil menunggang basikal.

Video yang meraih lebih 200,000 tontonan itu bagaimanapun mengejutkan netizen, dengan rata-rata menyifatkan aksi tersebut membahayakan kanak-kanak. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain