suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teman lelaki terlebih tinggi, gadis terpaksa hadap soalan nakal netizen... Akui tiada masalah ketika bersama

Pasangan ini berkenalan pada tahun 2020.

PERBEZAAN ketinggian menjadi keunikan utama yang mengikat hubungan cinta.

Begitulah kisahnya mengenai Brooke Dostillio yang hanya berketinggian paras dada teman lelakinya, Dylan Painter.

Berkenalan dua tahun lalu, Brooke memiliki ketinggian 152 sentimeter (sm) sahaja.

Teman lelakinya pula berketinggian lebih 207 sm, sekali gus membuatkan mereka kelihatan unik sewaktu berdiri bersebelahan.

"Kami dah terbiasa dengan perbezaan ketinggian ini. Saya memang pendek dan semua orang tinggi pada saya.

"Dylan pula terlalu tinggi sehingga semua orang kelihatan pendek untuknya. Tapi itu semua tak penting.

"Tapi orang biasanya memang terkejut bila lihat kami," ujar Brooke yang berasal dari Amerika Syarikat (AS).

ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka tinggi lampai tebal muka berkali-kali terlanggar chandelier di restoran... paling win ada nak upah pasang langsir raya tapi kalau jadi model boleh je!

Bercerita lanjut, Brooke berkata ada individu bertanya sekiranya mereka berdepan masalah ketika melakukan seks kerana perbezaan ketinggian itu.

"Orang biasanya komen mengenai perbezaan ketinggian kami, kerana Dylan terlalu tinggi.

"Ada juga yang tanya bagaimana hubungan kami diteruskan, adakah perbezaan ketinggian beri kesan kepada hubungan intim. Tiada apa-apa kesan pun.

"Tapi kami rasa lucu. Apabila kami dedahkan mengenai hubungan ini, kami tahu orang akan komen hal-hal tersebut," ujar Brooke yang masih menuntut di sebuah universiti.

Brooke berusia 25 tahun manakala Dylan, seorang pemain bola keranjang berusia 24 tahun.

Mereka kini tinggal di Jerman yang mana Dylan bermain untuk pasukan Trier Gladiators. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain