suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh kambing berwajah manusia lahir di India, penduduk kampung berpus-pusu datang melawat

Orang kampung kecoh selepas tahu berita kelahiran kambing itu.

SEEKOR kambing yang memiliki wajah seperti manusia menjadi perhatian ramai selepas dilahirkan di India, Jumaat lalu.

Apa yang menyedihkan, kambing itu mempunyai kecacatan pada bahgaian mulut sehingga ia terpaksa diberi susu menggunakan picagari.

Pemilik kambing, Nasab Khan yang menetap di kampung Sironj, Madhya Pradesh berkata rumahnya dibanjiri orang ramai sejurus berita kelahiran itu tersebar.

Menurutnya, kambing itu mempunyai bulu putih tebal di sekeliling wajah, persis Santa Claus yang berwajah jahat.

Menurut Doktor Veterinar Manav Singh, istilah perubatan untuk keadaan kambing itu adalah "dispepsia kepala".

Ia memberi kesan kepada satu daripada 50,000 kelahiran haiwan dan lebih biasa terjadi kepada lembu berbanding kambing.

Keadaan ini menyebabkan bengkak pada kepala haiwan, yang dikenali sebagai "hydrocephalus", dan mempunyai dua punca yang diketahui.

Pertama ibu mengalami kekurangan Vitamin A semasa hamil, kedua ibu diberi ubat yang salah semasa mengandung. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain