suria

[V] Naya! Lelaki terajang budak, bengang lama sangat bersandar di keretanya

Rakaman tular menunjukkan lelaki menendang seorang budak menimbulkan kemarahan ramai.

POLIS menahan seorang lelaki selepas rakaman CCTV menunjukkan dia menendang seorang budak berusia 6 tahun yang bersandar pada keretanya.

Pemuda itu, dikenali sebagai Mohammed Shihshad ditahan pada pagi Jumaat selepas video kejadian yang berlaku petang sebelumnya di bandar Thalassery, Kerala, India menjadi tular, menimbulkan kemarahan ramai.

Dalam rakaman CCTV dari bangunan berhampiran, budak lelaki itu dilihat bersandar pada sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan yang sibuk.

Shihshad, yang berjalan ke arah budak lelaki itu kemudian dilihat bercakap sesuatu kepadanya dan terus menendangnya.

Budak lelaki itu, yang kelihatan terkejut berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

Rakaman juga menunjukkan beberapa orang yang lalu lalang mempertikaikan tindakan Shihshad, tetapi dia mempertahankan tindakannya dengan alasan budak lelaki itu sudah lama bersandar pada keretanya.

Menurut laporan, budak lelaki itu tergolong dalam keluarga pendatang dari Rajasthan yang menjual belon untuk mencari rezeki.

Polis tempatan juga telah dikecam kerana tidak bertindak awal dalam kes itu.

Berdasarkan beberapa aduan penduduk tempatan, polis telah mengenal pasti tertuduh melalui visual CCTV pada Khamis malam.

Bagaimanapun, Shihshad didakwa dilepaskan oleh polis, yang mana hanya keretanya sahaja disita.

Pada pagi Jumaat, selepas video itu tular, polis menangkap Shihshad, yang kini didakwa di bawah cubaan membunuh. - IT

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

biadab, tendang budak, terajang

Artikel Lain