suria

[V] Influencer amuk awek curang, letak telefon bawah pintu bilik nampak laki tak berbaju

Kekasih influencer itu 'kantoi' berdua-duaan dengan lelaki tidak berbaju dalam bilik.

MALANG nasib seorang influencer yang secara tidak sengaja merakam kecurangan teman wanitanya di sebuah bilik.

Video detik-detik Zhico Nofriandika 'mencekup' kekasihnya, Berlin, viral di media sosial.

Kecurangan tersebut bermula dari live streaming Instagram yang dibuat oleh Zhico.

Zhico yang juga TikToker terkenal Indonesia itu sebenarnya diam-diam datang ke bilik kekasihnya kerana mahu membuat kejutan.

Bagaimanapun, sebaik dia tiba Berlin enggan membuka pintu bilik.

Curiga dengan apa yang berlaku, Zhico cuba mengintai dengan meletakkan telefon bimbitnya di lubang bawah pintu bilik Berlin.

zico1

Zhico meletakkan telefon di bawah pintu untuk mengintai kekasihnya.

Dia terkejut melihat kelibat lelaki dalam bilik Berlin yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek.

Dia terus menghubungi seorang wanita, dipercayai keluarga Berlin untuk mendapatkan kepastian mengenai apa yang dilihat.

Zhico kemudian terus masuk ke bilik Berlin dan sememangnya terdapat seorang pemuda dengan Berlin yang hanya memakai baju longgar dengan rambut tidak terurus.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pilih untuk curang selepas 20 tahun kahwin, miliki 8 orang anak... Pendakwah nasihat hati-hati bergaul takut berakhir malapetaka

Pemuda tersebut mengaku cuma menemani Berlin yang mana Zhico tidak dapat menerima alasan tersebut.

Bagaimanapun pemuda berkenaan hanya diam, cuma mengelakkan diri dari amukan Zhico yang ternyata marah.

Berlin seolah-olah membela lelaki tersebut dengan menghalang Zhico untuk mendekatinya sambil menyatakan selama ini Zhico tidak memberikan kasih sayang kepadanya.

Kes kecurangan Berlin ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam tindakannya.

‘Zhico’ juga trending di Twitter pada Selasa.

Sejak kesnya viral, Instagram Berlin sudah tidak dapat diakses dan menutup komen TikToknya. - satuviral

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain