suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi insiden penunjuk perasaan rosakkan lukisan, kali ini karya berharga RM516 juta disimbah kentang lenyek dan gam

Aktivis merosakkan lukisan itu dengan kentang dan gam (Imej: @AufstandLastGen/Twitter).

SALAH satu lukisan termahal di dunia telah disimbah dengan kentang lenyek dan gam oleh aktivis penunjuk perasaan.

Insiden mengejutkan itu berlaku di muzium Potsdam Barbarini, Jerman.

Kedua-dua penunjuk perasaan daripada kumpulan Last Generation merosakkan lukisan ikonik Les Meules yang berharga £96 juta (RM516 juta) dan menutupinya dengan makanan dan gam.

Tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak muzium mengenai lukisan itu sama ada ia mengalami kerosakan kekal.

Seperti yang dijangka, aksi itu mendapat kecaman teruk di media sosial , dengan netizen mempersoalkan tindakan mereka membazirkan makanan ketika krisis.

Awal bulan ini, penunjuk perasaan dari Just Stop Oil merosakkan lukisan Vincent van Gogh dengan membaling satu tin sup tomato jenama Heinz pada lukisan ikonik Bunga Matahari yang digantung di Galeri Nasional London.

Walaupun karya itu tidak rosak, tetapi bingkainya mengalami kerosakan kecil. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain