suria

Separuh badan hancur dihempap ‘forklift’, alat sulit terpaksa dibuang... lelaki ini dedahkan cara buang air besar

Lelaki ini dikatakan jatuh bangunan setinggi 50 kaki lalu dihempap 'forklift'.

KISAH Loren Schauers, 20, dari Great Falls, Montana yang terlibat dalam kemalangan pada 2019 ketika mengendalikan 'forklift' sehingga menyaksikan bahagian bawah tubuh dan lengan kanannya hancur, pernah tular di media sosial sebelum ini.

Pemuda itu nekad membuat keputusan untuk membenarkan doktor melakukan pembedahan ‘hemicorporectomy’, di mana tubuh badan daripada bahagian pinggang dan ke bawah, dipotong untuk menyelamatkan nyawanya.

Pembedahan tersebut juga menyebabkan alat kelamin Loren terpaksa dibuang kerana pelvisnya hancur sepenuhnya.

Loren menceritakan bagaimana dia membuang air besar setelah bahagian bawah badannya sudah tiada.

Salah satunya ialah bagaimana sistem penghadaman Loren berfungsi tanpa ketiadaan fungsi badan yang utama.

ARTIKEL BERKAITAN: Dihempap ‘forklift’ hingga separuh badan hancur, alat sulit terpaksa dibuang... lelaki ini tetap bahagia jalani hidup dengan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu anjing menangis tengok pemilik menderita, separuh badan hancur dihempap ‘forklift’

"Satu kolostomi yang merupakan kolon saya ditarik keluar dari badan supaya saya boleh membuang air besar.

"Dan saya mempunyai nefrostomi dua hala, ia adalah tiub yang masuk ke dalam buah pinggang saya yang mengalirkan cecair daripada buah pinggang saya ke dalam beg jadi itulah cara saya membuang air besar, kencing dan kentut,” katanya.

Selesai membuang air, isteri Loren, Sabia, akan menukar beg kolostomi dan memandikan suaminya.

Loren kini semakin pulih malah sering membuat perkongsian mengenai kehidupannya dengan pengikut di saluran YouTube. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain