suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasa ‘benda’ bergerak dalam beg, pelajar dan guru terkejut ‘King Cobra’ tumpang pergi sekolah

Seorang guru mengeluarkan seekor ular daripada beg pelajarnya.

UMUM mengetahui bahawa ular merupakan makhluk yang licik.

Ia mampu menyelinap ke tempat yang sempit dan menyamar sehingga tidak dapat dikesan.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pelajar, Uma Rajak, apabila seekor ular tedung selar menyelinap masuk ke dalam beg sekolahnya.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah di Shajapurh Madhya Pradesh, India, apabila gadis ini merasakan sesuatu bergerak di dalam begnya.

Dia kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada gurunya yang bertindak membuka zip beg lalu mengeluarkan semua buku.

Setelah mengosongkan beg, tiba-tiba seekor ular tedung selar merayap keluar sekaligus mengejutkan guru dan para pelajar di kelas tersebut.

Bagaimanapun pelajar mahupun guru tersebut tidak mengalami kecederaan memandangkan reptilia berkenaan tidak bertindak agresif.

Sekadar maklumat tambahan, bisa ular tedung selar amat berbahaya di mana ia mampu membunuh sehingga 20 orang dengan hanya satu patukan sahaja. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain