suria

Gempar puluhan kucing mati diracun, diserang sawan

Tangkap layar video mengenai puluhan kucing mati diracun. foto IG informasi_malangraya

PENDUDUK igemparkan dengan puluhan kucing mati diracun di sebuah kawasan perumahan.

Selain itu, beberapa ekor kucing kelihatan terbaring dan mengiau lemah serta diserang sawan.

Kejadian berlaku di kawasan perumahan Patraland Place di Kota Malang di Jawa Timur, Indonesia.

Ia mendakwa bahawa suspek merupakan doktor haiwan, dan kejadian disebabkan oleh diracun dan bukannya kerana virus.

"Saya mohon bantuan daripada pencinta kucing, sebarkan info ini agar pelakunya segera ditemui.

"Terdapat kematian kucing beramai-ramai. Satu perumahan habis tanpa kucing," menurut keterangan menerusi satu video.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing 2 beradik mati diracun, pemilik kering air mata tangisi pemergian 'Bonnie and Clyde'

Susulan video yang tular, Ketua kampung Tasikmadu di daerah Lowokwary menjelaskan bahawa kira-kira sebulan lalu, dia menerima laporan penduduk berhubung jumlah kucing yang banyak di kawasan kediaman mereka sehingga mencecah puluhan ekor.

"Kewujudan haiwan ini dianggap telah mengganggu kawasan sekitar.

“Kucing-kucing ini mengotori masjid, karpet, tempat duduk motor tercalar, berak di mana-mana, berbau di pintu, ada yang muntaht,” kata Wiratmono pada Ahad.

Sehubungan itu, dia menggesa penduduk yang memelihara kucing supaya lebih bertanggungjawab.

"Kalau pelihara kucing, jangan dibiarkan begitu saja. Supaya penduduk selesa antara satu sama lain," katanya. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain