suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak hirau teguran pak guard, pasangan kekasih selamba berasmara di foyer mahkamah sampai 3 kali

Pasangan itu ditangkap kerana melakukan hubungan seks di ruang legar mahkamah.

DUA individu yang melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali di ruang legar mahkamah dijatuhi hukuman khidmat masyarakat selama 60 jam setiap seorang.

Kejadian yang berlaku pada 28 Jun lalu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) Mahkamah Majistret Toowoomba.

Menurut pendakwa polis Cameron Francis, pasangan itu selamba melakukan aksi tidak senonoh sebelum ditegur oleh pengawal keselamatan.

Tidak serik, mereka meneruskan aksi berkenaan selepas pengawal keselamatan berlalu dari kawasan tersebut.

Seorang kakitangan sukarelawan mahkamah turut menegur kelakuan mereka, namun pasangan itu sekali lagi meneruskan aksi tidak senonoh mereka sehinggalah pengawal sekali lagi datang memberikan amaran ketiga.

Pada 30 Jun, pasangan itu telah diberikan notis untuk hadir oleh polis dan mereka mengaku bersalah atas perbuatan tidak senonoh itu.

Majistret Clare Kelly menyifatkan kesalahan tersebut sebagai "tingkah laku yang keterlaluan" dan dia mengakui tidak pernah mendengar kejadian seperti itu berlaku di mahkamah. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain