suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang jatuh sakit dalam kokpit, sempat buat pendaratan cemas sebelum meninggal dunia

Pesawat Citilink Airlines terpaksa berpatah balik dan mendarat kembali di lapangan terbang Surabaya.

SEORANG juruterbang pesawat penumpang di Indonesia secara tiba-tiba mengalami masalah kesihatan sebelum dikejarkan ke hospital dan diisytiharkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Difahamkan ketika kejadian yang berlaku pagi Khamis, pesawat Citilink Airline baru 15 minit berlepas sebelum juruterbang tersebut jatuh sakit sewaktu berada di kokpit.

Pesawat berkenaan terpaksa berpatah balik dan mendarat kembali di lapangan terbang dan juruterbang tersebut dikejarkan ke hospital.

Penerbangan Citilink Indonesia Airbus A320 yang membawa lebih 100 penumpang, dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Surabaya menuju ke bandar Ujung Pandang, Makassar di wilayah Sulawesi Selatan.

Bagaimanapun, punca kematian juruterbang itu tidak didedahkan.

Citilink Indonesia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan kesihatan sebelum penerbangan untuk semua kru yang bertugas dan mereka 'diisytiharkan sihat atau layak terbang'.

Dalam pada itu, penumpang dan anak kapal yang lain dilaporkan selamat.

Penerbangan baharu ke Makassar kemudiannya diatur dengan pesawat yang lain. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain