suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima kali bersalin kembar, suami anggap isteri tak normal... ‘Cabut lari’ kerana enggan pikul tanggungjawab bapa kepada 10 anak

Nalongo Gloria bersama tujuh daripada 10 cahaya matanya, yang kesemuanya dilahirkan sebagai kembar.

SEORANG suami tergamak meninggalkan isterinya dan bertindak keluar dari rumah selepas wanita tersebut melahirkan anak kembar kelima mereka.

Nalongo Gloria, dari Uganda, melahirkan anak kesembilan dan kesepuluh, yang mana menurut suaminya, Ssalongo, sebagai 'tidak normal'.

Bukan sahaja tidak mempersiap kediaman bagi menyambut kelahiran anak kembar baharu di samping menempatkan anak-anaknya yang ramai, malah si suami mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarganya.

"Apabila saya hamil anak kembar, lelaki itu berkata ini terlalu berat untuknya.

"Saya tidak menyesal melahirkan semua anak ini. Saya tahu bapa mereka tidak menyukai mereka, dan saya tidak boleh meninggalkan anak-anak bersama bapa mereka.

"Walaupun berdepan cabaran, saya tidak akan sesekali meninggalkan anak-anak saya. Saya tahu Tuhan akan memberi rezeki.

"Saya menyerahkan semuanya kepada Tuhan. Saya telah menderita tetapi Tuhan lebih mengetahui," kata Nalongo kepada media tempatan, NTV Mwasuze Mutya.

Ibu kepada sepuluh cahaya mata itu berkata, beberapa anak-anaknya yang sudah besar sudah keluar rumah dan dia tidak mengetahui keberadaan mereka.

Apa yang membuatkan wanita ini runsing adalah dia terdesak untuk mencari kediaman baharu untuk anak-anaknya selepas tidak lagi mampu membayar tunggakan sewa. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain