suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tayang ‘baby bump’ di media sosial, wanita ini tenang terima kata-kata penghinaan

Eliana baru sahaja melahirkan anak kedua pada bulan lepas.

PROSES kehamilan wanita ini diuji dengan tekanan hebat apabila dirinya menjadi bahan ejekan di media sosial.

Eliana Rodriguez, 29, mengakui tenang sahaja biarpun keadaan ‘baby bump’ miliknya yang besar dan berbentuk aneh menyebabkan dia dihina oleh segelintir individu.

"Saya terkejut apabila ramai wanita turut mengecam saya, sedangkan kita semua sama jantina.

"Kehamilan boleh datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, ia adalah sesuatu yang kita tidak boleh kawal," ujar wanita dari Amerika itu.

Tambah Eliana, semua wanita sepatutnya saling menyokong kerana mereka lebih faham apa yang dilalui ibu mengandung.

“Sebagai wanita, kita seharusnya mengangkat dan memperkasakan satu sama lain, bukan sebaliknya.

"Kehamilan adalah satu perjalanan yang indah dan detik yang begitu istimewa," ujarnya lagi.

Biarpun menjadi mangsa buli siber, Elliana selamat melahirkan anak keduanya pada bulan lepas.

Eliana mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Eliana sebelum ini meraih perhatian ramai kerana berkongsi perjalanan kehamilannya di media sosial. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain