suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajah penuh dengan tatu, lelaki ini kecewa permohonan kerja sebagai cef ditolak

Chris menggelarkan dirinya lelaki paling bertatu di Ireland.

JANGAN menilai seseorang dengan hanya melihat pada luarannya.

Pepatah ini sesuai bagi menggambarkan situasi Chris Dalzell yang tidak diterima bekerja sebagai cef gara-gara memiliki tatu.

Walaupun jumlah 600 corak tatu ini telah menutup 95 peratus kulitnya namun ia bukanlah satu halangan atau penyesalan bagi dirinya.

Ujarnya, tujuanya memiliki tatu ini adalah untuk membantu dia menghadapi dan kesedihan terhadap tahap kesihatan anaknya.

Anak perempuan Chris, Jessica, menghidap sindrom Ehlers-Danlos, keadaan jarang berlaku di mana penyakit tersebut menjejaskan tisu penghubung.

Dia telah menghabiskan separuh hayatnya di hospital dan telah menjalani pembedahan besar di London.

Anak perempuannya yang berusia enam tahun menyukai seni ukiran pada tubuh ayahnya tetapi Chris menerangkan tatu ini telah memberi kesan terhadap kerjayanya.

Menggelarkan dirinya sebagai lelaki paling banyak tatu di Ireland, Chris dahulunya seorang tukang masak sejak remaja tetapi penampilannya kini telah menyebabkan dia kehilangan peluang pekerjaan.

"Sangat sukar nak dapatkan pekerjaan. Secara jujur, saya tidak sangka cari kerja akan menjadi susah," ujarnya.

Menerusi satu wawancara di Hollywood, dia mendakwa dakwatnya adalah penyebab dia ditolak bekerja.

Tetapi di sebalik aspek negatif, Chris berkata dia berharap tatunya memberi inspirasi kepada anak-anaknya untuk mempercayai bahawa segala-galanya boleh dilakukan. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain