suria

Gadai nyawa selamatkan budak hampir terjatuh dari bangunan, lelaki bukan saja dikurnia pingat tapi dapat hadiah apartment!

Sabit Shontakbaev dikurniakan pingat atas keberaniannya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang hampir terjatuh dari sebuah bangunan.

SEORANG lelaki sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan seorang kanak-kanak yang tergantung dan sedang berpaut pada tingkap sebuah bangunan di Kazakhstan.

Ketika kejadian, lelaki berkanaan, Sabit Shontakbaev sedang berjalan bersama seorang rakannya, sebelum ternampak seorang kanak-kanak yang hampir terjatuh dari tingkat lapan sebuah bangunan.

Tanpa melengahkan masa, lelaki itu segera meluru masuk ke dalam bangunan berkenaan dan memanjat keluar dari tingkap untuk mendapatkan kanak-kanak tersebut.

Aksi mencemaskan ketika Sabit cuba menyelamatkan kanak-kanak itu dirakam oleh orang awam.

Video itu menjadi tular selepas dikongsikan di laman Twitter @goodnews_movement.

Dilaporkan, kanak-kanak tersebut memanjat keluar tingkap menggunakan kusyen dan mainan ketika ketiadaan ibunya.

"Saya tidak mempunyai tali keselamatan, jadi kawan saya memegang kaki saya. Masa tu saya tak fikir apa-apa, cuma nak tolong kanak-kanak itu," kata Sabit.

Tindakan berani Sabit mendapat pengiktirafan di mana dia dikurniakan pingat oleh kerajaan.

Media tempatan melaporkan bapa kepada empat cahaya mata itu turut dihadiahkan sebuah apartmen tiga bilik tidur dan sebuah televisyen. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain