suria

Wanita Brazil berusia 121 tahun dipercayai individu tertua di dunia

Maria yang kini terlantar di atas katil tinggal bersama cucu perempuannya, Celia Cristina.

SEORANG wanita tua yang dikatakan berusia 121 tahun telah 'ditemui' selepas pegawai perubatan dipanggil untuk merawatnya - dan kini dipercayai dia merupakan individu tertua di dunia yang masih hidup.

Maria Gomes dos Reis ditemui pihak berkuasa di Bom Jesus da Lapa, timur laut Brazil, selepas dia jatuh sakit dan dirawat paramedik.

Mengikut sijil kelahiran, Maria dilahirkan di kampung Bela Vista pada 16 Jun 1900 dan menetap di sana sehingga kini.

Kini dalam keadaan terlantar di atas katil, pesara itu tinggal bersama cucu perempuannya, Celia Cristina.

Difahamkan, semua anaknya sudah meninggal dunia.

Celia berkata neneknya aktif sebelum dia jatuh sakit dan terlantar di atas katil lebih lapan tahun lalu.

"Dia membesarkan cucu dan cicitnya. Dia uruskan semuanya. Dia sangat aktif... dia memasak, membasuh pakaian," kata Celia.

Rekod Dunia Guinness sebelum ini merekodkan individu tertua di dunia yang masih hidup ialah wanita Perancis, Lucile Randon, yang dilahirkan pada 11 Februari 1904 dan berusia 118 tahun. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain