suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disahkan hidap penyakit unik miliki 2 faraj, wanita Alaska akhirnya selamat bersalin

Stephanie Haxton selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Stella.

SEORANG wanita yang mempunyai dua faraj, selamat melahirkan bayi perempuan secara semula jadi selepas melalui kehamilan berisiko tinggi.

Stephanie Haxton, 29, dari Alaska, Amerika Syarikat, disahkan menghidap penyakit unik yang dipanggil 'uterus didelphys' enam tahun lalu selepas menjalani pemeriksaan ginekologi rutin.

Penyakit tersebut menjadikan Haxton mempunyai dua rahim yang berfungsi sepenuhnya, dan sekaligus meningkatkan risiko keguguran.

"Diberitahu mengenai penyakit itu pada usia yang begitu muda, saya selalu fikir saya tidak boleh mempunyai anak, jadi saya tidak pernah meletakkan harapan," katanya.

Mengimbas kembali detik ketika dia mendapat tahu berita kehamilannya, Haxton berkata: 'Situasi saya dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi jadi saya menjalani ultrasound setiap minggu'.

Walaupun wujud kebimbangan Haxton memerlukan pembedahan kecemasan ketika bersalin, namun akhirnya bayi yang diberi nama Stella selamat dilahirkan ketika berusia 41 minggu, Ogos lalu. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain