suria

Konvoi tentera Rusia sejauh 64km, bangunan terbakar dikesan... Putin terus misi tawan Kyiv?

Imej satelit menunjukkan konvoi kenderaan tentera Rusia. foto Satellite image ©2022 Maxar Tech

KONVOI secara besar-besaran dilakukan oleh tentera Rusia yang menceroboh sedang menuju ke Kyiv.

Gambar yang diambil dari udara pada Isnin menunjukkan barisan panjang kenderaan tentera dalam perjalanan ke ibu negara Ukraine.

Imej terbaharu itu menunjukkan konvoi kenderaan tentera sejauh 40 batu (64 kilometer).

ARTIKEL BERKAITAN: Tentera Rusia dirakam angkut bom 'thermobaric' ke Ukraine, benarkah ia senjata perang paling menakutkan di dunia?

ARTIKEL BERKAITAN: Rusia isytihar perang ke atas Ukraine, apa sebenarnya sedang berlaku?

Menurut Maxar Technologies, panjang konvoi itu dikatakan lebih jauh daripada laluan sejauh 17 batu (27 kilometer) sebelum ini.

Di akhir konvoi di bahagian selatan boleh dilihat trak artileri ditunda ke lapangan terbang Antonov, yang berjaya ditawan oleh tentera Rusia pada Jumaat selepas pertempuran selama dua hari.

konvoi tentera rusia 2

Imej menunjukkan kemusnahan di sepanjang laluan tentera Rusia. foto Satellite image ©2022 Maxar Tech

Imej satelit itu juga menunjukkan kesan yang disebabkan oleh serangan udara di lapangan terbang.

Kementerian Pertahanan Ukraine mendakwa kawasan itu mengalami kerosakan teruk dan kini digunakan oleh tentera Rusia.

Dalam salah satu gambar, bangunan yang kelihatan seperti rumah dapat dilihat terbakar ketika konvoi berkenaan melalui satu kawasan.

Maxar, merakamkan gambar pergerakan tentera Rusia sejak dua minggu lalu, juga mengatakan bahawa imej-imej baharu mereka juga menunjukkan tentera darat dan helikopter berada di 20 batu (32 kilometer) di utara sempadan Ukraine di Belarus.

Tentera Rusia memasuki Ukraine untuk mengepung Kyiv sejak bermula 'operasi ketenteraan khas' mereka pada Jumaat lalu.

Dilaporkan objektif Presiden Rusia, Vladimir Putin adalah untuk menawan ibu negara Ukraine dan mewujudkan 'rejim boneka' kerajaan Ukraine bagi menggantikan kerajaan sekarang yang diketuai oleh presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.

Setakat ini, orang-orang Putin tidak dapat menawan Kyiv atau Kharkiv, dua pusat bandar terbesar di negara itu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain