suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera Rusia dirakam angkut bom ‘thermobaric’ ke Ukraine, benarkah ia senjata perang paling menakutkan di dunia?

Senjata itu hadir dalam pelbagai saiz, daripada bom tangan roket untuk pertempuran jarak dekat, kepada versi besar yang boleh digunakan dari pesawat. Foto: TASS/VALERY SHARIFULIN via THE GUARDIA.

TENTERA membawa bom thermobaric, salah satu senjata paling digeruni di dunia semasa pencerobohan ke atas Ukraine.

Menerusi laporan The Guardian dalam video yang dirakam kru CNN, tentera Rusia dilihat sedang mengangkut sistem peluncur TOS-1 itu menuju ke Ukraine pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rusia isytihar perang ke atas Ukraine, apa sebenarnya sedang berlaku?

Terdapat juga rakaman memaparkan TOS-1A yang membawa senjata thermobaric melalui Tokmak, selatan Ukraine.

TOS-1 mempunyai nama panggilan Buratino, versi Rusia Pinocchio, kerana muncungnya yang besar.

Sistem dwi pelancaran dipasang pada casis tangki T-72 yang mampu menembak roket thermobaric menggunakan oksigen dari udara sekeliling untuk menghasilkan letupan suhu tinggi.

TOS-1 pertama kali digunakan oleh tentera Soviet di Afghanistan, dan yang terbaharu di Syria.

Pengerahan bom thermobaric itu berlaku ketika tentera Rusia dan sekutu pemisah mereka telah mengerahkan sistem roket dwi-gerakan BM-21 Grad di timur dan selatan Ukraine.

Bom thermobaric juga dilihat dibawa masuk di sekitar Kharkiv.

Memetik laporan ABC Australia pada Ahad, senjata thermobaric hadir dalam pelbagai saiz, daripada bom tangan roket untuk pertempuran jarak dekat, kepada versi besar yang boleh digunakan dari pesawat.

Senjata thermobaric juga dikenali sebagai bom udara, bom bahan api, dan bom vakum yang dikatakan jauh lebih berkuasa daripada bahan letupan konvensional.

Masa pembakarannya lebih lama, sekali gus meningkatkan kapasiti pemusnahnya. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain