suria

Bernas atau menyusahkan? Tiga lelaki genius ini ada cara tersendiri alihkan sofa

GELAGAT tiga lelaki di Dublin yang sedang berusaha mengeluarkan sofa melalui tingkap rumah mencuri perhatian pengguna TikTok. — Agensi.

MEMINDAHKAN perabot besar dari rumah bertingkat bukanlah satu tugas yang mudah, tetapi tidak bagi tiga individu genius dari Dublin, Republik Ireland.

Ketiga-tiga lelaki itu tular di laman TikTok selepas kelibat mereka sedang menurunkan sofa dari sebuah rumah bertingkat dirakamkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dinding rumah berkulat, wanita ini terpaksa buang pakaian bernilai hampir RM6,000

ARTIKEL BERKAITAN: Restoran Macayo buru rekod dunia, hasilkan 'chimichanga' terpanjang

Seorang pengguna, Cillian yang menggunakan nama @cilian_gc merakam telatah tiga lelaki terbabit di Dublin yang sedang berusaha mengeluarkan sofa melalui tingkap rumah.

Menerusi video itu, kelihatan dua lelaki berada di luar rumah sambil menggunakan penyapu bagi menahan sofa daripada terjatuh.

Bagaimanapun menerusi video berkenaan, tidak dapat dipastikan adakah usaha ketiga-tiga lelaki itu berjaya atau sebaliknya.

Walaupun pengakhiran video yang dikongsi itu dianggap anti klimaks, penonton jelas kagum dengan teknik digunakan.

@cillian_gc Dublin's great #dublin #ireland ♬ original sound - Cillian

“Otai di tempat kerja, harap ia akan berhasil,” kata salah seorang pengguna yang memberikan reaksi kepada video berkenaan.

“Ia berjaya dan menjimatkan masa kerana sofa itu tidak muat untuk menggunakan pintu. Mereka cukup pintar.

“Cukup hebat,” demikian beberapa reaksi pengguna lain. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

perabot, sofa, rumah, tiktok, dublin,

Artikel Lain