suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pernah bunuh isteri sendiri, lelaki ini maut terkena serangan jantung dalam penjara

Miloy mula dipenjara pada tahun 1995 selepas dia membunuh isterinya sebelum dibebaskan pada 2004.

SEORANG penjenayah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang menjalani hukuman penjara di Northumberland, England.

Lelaki itu, Kenneth Milroy, 67, terkena serangan jantung selepas dia bertengkar dengan seorang lagi banduan mengenai muzik pad 10 Mac lalu.

Lelaki itu mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kolestrol.

Malah, dia juga terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan.

Milroy mula dipenjara pada tahun 1995 selepas dia membunuh isterinya sebelum dibebaskan pada 2004.

Lima bulan kemudian, dia menikam teman wanitanya sebanyak sembilan kali sebelum ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara sekali lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain