suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lari daripada Taliban, wanita Afghanistan berdepan detik cemas bersalin dalam pesawat tentera padat dengan pelarian

Wanita tersebut dan bayinya segera dibawa ke fasiliti kesihatan berdekatan sebaik pesawat tiba di landasan pangkalan udara Ramstein, Jerman. Foto: Getty Images

SEORANG wanita Afghanistan melahirkan bayi di dalam pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) tidak lama selepas pesawat tersebut mendarat di Jerman.

Wanita itu mula mengalami sakit hendak bersalin ketika pesawat yang sarat dengan pelarian itu menghampiri pangkalan udara Ramstein di barat daya Jerman.

Juruterbang yang dimaklumkan mengenai keadaan wanita tersebut bertindak menerbangkan pesawat pada ketinggian yang lebih rendah agar lebih banyak oksigen dapat memasuki ruang pesawat.

Sebaik sahaja tiba di landasan, pasukan perubatan bertindak pantas menyambut kelahiran bayi wanita berkenaan.

Pasukan Angkatan Udara AS memuji keputusan juruterbang untuk menerbangkan pesawat pada ketinggian lebih rendah bagi memaksimumkan oksigen sewaktu berdepan detik cemas tersebut.

Dimaklumkan wanita tersebut dan bayi perempuannya dibawa ke fasiliti perubatan berdekatan dan berada dalam keadaan yang baik. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia