suria

Patut la macam kenal...Pemilik terserempak kereta sendiri dipandu pencuri

Sebuah sekolah terbabit terpaksa diletakkan di bawah perintah “lockdown” selama lebih kurang sejam apabila polis bertindak mengepung sekumpulan pencuri kereta di kawasan sekolah terbabit.

BAGAIMANA perasaan anda apabila terjumpa kereta anda sendiri yang sedang dipandu individu lain?

Itulah yang berlaku kepada seorang individu di Idaho apabila dia ternampak keretanya yang dilaporkan hilang baru-baru ini,

Laporan Idaho Statesman menyebut kereta jenis Honda Civic tersebut kemudiannya ditemui pihak berkuasa Idaho berhampiran Meridian Road.

ARTIKLE BERKAITAN: Bau busuk disangka kentut rupa-rupanya lubang rahsia penuh najis

ARTIKLE BERKAITAN: Hidung lelaki ini mereput selepas terima suntikan bibir

Menurut laporan, sepasukan anggota polis menyalakan lampu kecemasan untuk memberi amaran kepada pencuri tersebut yang memilih untuk tidak berhenti dan cuba melarikan diri.

Kereta terbabit bagaimanapun terkepung di kawasan sebuah sekolah.

Situasi terbabit menyebabkan sekolah terbabit terpaksa diletakkan di bawah perintah “lockdown” selama lebih kurang sejam.

Empat orang individu yang berada di dalam kenderaan tersebut cuba untuk melarikan diri namun pemandu serta dua orang penumpang berjaya diberkas.

Seorang lagi penumpang berjaya melarikan diri.

Menurut laporan, pemandu tersebut seorang remaja berusia 17 tahun mempunyai rekod tiga jenayah felony antaranya memiliki harta curi, mengelak dari tahan pihak berkuasa serta memiliki senjata api.

Dua lagi penumpang yang ditahan berusia 18 tahun dan mereka didakwa atas kesalahan felony kerana memilik harta curi serta mengelak serta menghalang tugas pihak polis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain