suria

Sampai nak kena call polis suruh balik rumah..Wanita ini bengang ibu kawan anak tak datang jemput

Seorang wanita bertindak memanggil pihak polis akibat rakan anak enggan pulang kerana bermain permainan video terlalu lama di rumahnya.

SEORANG ibu mengambil tindakan drastik dengan memanggil pihak polis apabila rakan kepada anaknya yang berusia 13 tahun enggan meninggalkan rumahnya.

Menurut Mirror, wanita berkenaan mengakui bahawa beliau tidak pernah menyukai rakan anaknya, meskipun berasa sedih anaknya, Brian tidak mempunyai ramai rakan.

Justeru, beliau meminta rakan anaknya, Brian untuk bermain dan tidur bersama Tom.

Namun, ketika kunjungan Tom yang terakhir, dia enggan meninggalkan rumah mereka walaupun ibu bapanya telah mengarahkannya pulang.

Pada masa sama, ibu Tom juga enggan menjemputnya pulang.

“Brian tidak mempunyai ramai rakan dan saya juga telah mengingatkannya bahawa Tom hanya menggunakannya untuk bermain Nintendo Switch (permainan video) miliknya, tetapi dia tidak mengendahkannya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: China haramkan lagu karaoke bermasalah

ARTIKEL BERKAITAN: Bigfoot bikin majlis hari jadi huru-hara!

Wanita itu berkata, Tom kerap kali datang ke rumah mereka pada hujung minggu dan bermain permainan video selama berjam-jam.

“Dia bermain hingga jam 3 pagi dan bangun tidur jam 10 pagi, selain tidak turut serta dengan keluarga kami untuk bersarapan tetapi bermain dengan lebih lama.

“Brian kemudian mengadu kepada saya mengenai sikap Tom yang tidak ambil peduli setelah diarah untuk pulang,” katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada masa sama, wanita itu turut bertindak sama mengarahkan Tom untuk pulang ke rumahnya namun langsung tidak diendahkannya.

“Saya kemudian memanggil ibunya tetapi tidak juga datang menjemput.

“Akhirnya, saya mencabut suis bagi menutup permainan itu, namun dia (Tom) bertindak memasangnya semula,” katanya.

Wanita itu yang tidak tahan dengan sikap Tom lantas menelefon pihak polis untuk membawa kanak-kanak itu pergi.

Ketika Tom dibawa pulang oleh pihak polis, wanita itu memberi amaran kepadanya supaya tidak lagi menjejakkan kaki ke rumahnya serta melarangnya daripada berkawan dengan Brian.

Tidak beberapa lama kemudian, ibu Tom memarahi ibu Brian serta mendakwa bahawa Tom dilayan dengan teruk di rumah itu.

“Saya tetap tenang dan memberitahunya bahawa saya telah menelefonnya, tetapi dia sedang bermesyuarat dan tidak dapat bercakap.

“Saya telah menerima puluhan mesej yang penuh dengan maki hamun, baik dari ibu Tom dan nombor tidak dikenali namun saya tidak peduli apa sahaja yang difikirkan oleh ibu sampah itu, “ tegasnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

permainan video, polis, remaja

Artikel Lain