suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aksi lelaki ‘melepaskan hajat’ di padang dirakam Google Maps

Aksi seorang lelaki sedang mencangkung dengan seluar dilondehkan dirakam menerusi Google Maps. Foto: Google

AKSI seorang lelaki yang sedang melepaskan hajat di kawasan sebuah padang berjaya dirakamkan seorang pengguna Google Maps.

Aksi memalukan itu dirakamkan di Roosendaal, Netherlands, dan pengguna aplikasi berkenaan membuat perkongsian di laman Reddit.

Menerusi imej yang dimuat naik itu, kelihatan lelaki berkenaan sedang mencangkung dengan separuh daripada seluarnya sudah dilondehkan.

Imej tersebut dimuat naik dengan kapsyen ringkas 'saya jumpa seseorang sedang buang air besar dekat rumput'.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada netizen dengan rata-ratanya mempersendakan tindakan lelaki berkenaan.

Ini bukan kali pertama Google Maps merakam aksi individu melepaskan hajat di kawasan awam.

Baru-baru ini tular gambar seorang lelaki sedang membuang air besar di sebatang jalan di Mexico. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain