suria

Lawatan ke taman tema bertukar duka, wanita 32 tahun maut jatuh roller coaster

Seorang wanita maut dalam satu kejadian di Taman Tema Parc Saint-Paul, Perancis.

MALANG tidak berbau.

Begitulah yang dapat menggambarkan nasib seorang wanita apabila dia maut dalam satu kejadian di Taman Tema Parc Saint-Paul, Perancis.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut roller coaster tergelincir di taman tema

Mangsa berusia 32 tahun terjatuh sewaktu menaiki permainan roller coaster pada tengah hari Sabtu, sekaligus memaksa sebahagian taman tema itu ditutup buat sementara waktu.

"Pasukan bomba cuba menyelamatkan mangsa namun gagal. Tiada individu lain cedera.

"Buat masa ini, kami masih tidak dapat memberikan punca sebenar kejadian itu," ujar wakil taman tema tersebut.

Difahamkan, pihak pengurusan tarikan pelancongan itu juga sudah berhubung dengan keluarga mangsa.

Untuk rekod, ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya yang berlaku.

Pada September tahun lalu misalnya, dua individu maut manakala lima lagi cedera apabila gerabak permainan roller coaster tergelincir di Mexico. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain