suria

Tidak berganjak 3 hari, anjing setia tunggu tuan dipercayai terjun sungai

Anjing itu dilihat merenung ke arah Sungai Yangtze.

SEKEPING gambar menunjukkan seekor anjing setia menunggu tuannya yang dipercayai terjun ke dalam sungai.

Beberapa pekerja yang sedang membaiki jambatan Sungai Yangtze di Wuhan, China menyedari kehadiran anjing itu sejak 1 Jun lalu.

Seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Xu cuba membantu anjing tersebut tetapi haiwan itu enggan makan mahupun minum air.

Malah anjing tersebut juga tidak berganjak meskipun dipanggil.

Anjing itu dilihat merenung ke arah Sungai Yangtze di tepi jambatan sebelum polis mengesahkan dua individu dilihat terjun ke dalam sungai tersebut pada malam 30 Mei lalu.

Xu cuba membantu anjing tersebut tetapi ia melarikan diri dan masih belum ditemui ketika ini.

"Pekerja yang sedang membaiki jambatan berkata anjing itu dilihat berada di atas jambatan tersebut selama tiga hari selepas melihat tuannya terjun ke dalam sungai tersebut.

"Kami menghubungi polis yang kemudian meneliti rakaman kamera litar tertutup pada hari kejadian.

"Keadaan gelap dan kami tidak mengetahui maklumat terperinci. Mereka dilihat terjun tanpa rasa ragu-ragu," katanya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

terjun, jambatan, tuan, anjing

Artikel Lain