suria

Punggung tertusuk batang logam selepas tergelincir ketika baiki atap bangunan

Teerawat dilaporkan dalam keadaan stabil.

BATANG logam tertusuk pada bahagian punggung seorang buruh binaan selepas dia tergelincir ketika sedang membaiki atap sebuah bangunan.

Insiden berlaku semasa hujan dan ribut petir melanda Bangkok, Thailand pada 7 Jun lalu.

Teerawat Choeykul, 19, terpijak atap yang sudah lama sebelum tergelincir.

Dia kemudiannya terjatuh sebelum batang logam sepanjang lima kaki tertusuk di punggungnya.

Rakan sekerjanya di tapak binaan tersebut segera menghubungi ambulans selepas melihat Teerawat dalam keadaan berlumuran darah sambil mengerang kesakitan.

Anggota bomba terpaksa memotong batang logam itu sebelum dia dibawa ke hospital berdekatan untuk dirawat.

Teerawat dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Kecederaan itu akan mengambil masa beberapa minggu untuk pulih.

“Dia bernasib baik kerana batang logam itu mungkin menyebabkan kecederaan lebih teruk, ” kata jurucakap petugas kecemasan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

batang logam, tertusuk, tergelincir, atap

Artikel Lain