suria

Tragis, gajah mati akibat terkena pagar elektrik sewaktu hampiri kebun mangga

Kejadian berlaku di Prachuap Khiri Khan, Thailand pada Sabtu lalu.

SETELAH kes gajah mati akibat makan nanas berisi mercun di India, satu lagi kejadian hampir sama berulang di Thailand.

Kali ini, seekor gajah mati akibat terkena pagar eletrik sewaktu keluar mencari makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nanas disumbat mercun, gajah bunting mati angkara sifat kejam penduduk kampung

Ia berlaku sewaktu gajah itu menghampiri sebuah kebun mangga yang dilengkapi dengan pagar keselamatan.

Kejadian berkenaan berlaku di Prachuap Khiri Khan pada Sabtu lalu.

Sewaktu ditemui pegawai perhutanan, terdapat kesan lecur pada badan gajah itu.

Dua individu yang juga pemilik tanah kebun di kawasan itu turut disiasat pihak berkuasa.

Namun, mereka sendiri tidak pasti jika gajah itu mati akibat pagar eletrik mereka mahupun pagar eletrik milik orang lain di kawasan sama. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

gajah, kebun mangga, pagar eletrik

Artikel Lain