suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jemaah disyaki positif Covid-19, Arab Saudi tutup 39 masjid

Arab Saudi menutup 39 masjid setakat ini untuk mengekang penularan virus Covid-19. foto: AFP/ QATAR OUT

PIHAK berkuasa Arab Saudi menutup 39 buah masjid susulan disyaki berlakunya jangkitan Covid-19 dalam kalangan jemaah, lapor stesen televisyen Al Arabiya.

Keputusan itu dibuat Kementerian Hal Ehwal Islam bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak berkenan.

Difahamkan, 39 masjid itu kini sedang menjalani proses nyahkuman.

Pada minggu lalu, Arab Saudi membuka semula semua masjid kecuali di Makkah, selaras dengan rancangan membenarkan orang ramai menjalani kehidupan normal seperti biasa.

Pihak berkuasa bagaimanapun menetapkan had untuk aktiviti solat berjemaah di masjid.

Ia termasuklah pembukan masjid 15 minit sebelum azan dan ia ditutup semula 10 minit selepas selesai solat.

Jemaah juga mesti duduk dalam jarak dua meter antara satu sama lain dan kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan datang ke masjid. - MSN.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

masjid, Arab Saudi, Covid-19

Artikel Lain