suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tahan sakit menunggu di hospital dengan anak panah tercucuk pada dada

Kejadian berlaku di China pada Sabtu lalu.

SEORANG lelaki dirakam sedang menunggu di sebuah ruangan di hospital dengan anak panah yang tercucuk pada bahagian dadanya.

Pesakit dikenali sebagai Peng itu dikatakan terpanah diri sendiri sewaktu sesi latihan sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Video melibatkan lelaki itu dirakam di Hospital Awam Guangxi, Nanning, China pada Sabtu lalu.

Dua lagi lelaki turut dilihat berada bersebelahan Peng untuk memberi sokongan kepadanya.

Selepas melalui pembedahan selama sejam, anak panah itu berjaya dikeluarkan.

Peng juga berada dalam keadaan stabil dan dijangka dibenarkan pulang beberapa hari lagi. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

anak panah, hospital, pembedahan, China

Artikel Lain