suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah benarkan budak 12 tahun pandu SUV, lelaki cuba jadi bapa ‘cool’ walaupun bukan anaknya

Shaun Michaelsen berdepan dengan pendakwaan kerana membenarkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun memandu SUV. Foto Palm Beach County Sheriff’s Office via AP

SEORANG lelaki di Florida, Amerika Syarikat (AS) berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah, selepas polis memberitahu dia membiarkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya.

Polis memberitahu, lelaki itu bertindak demikian kerana mahu menjadi seorang bapa yang 'cool', walaupun dia bukan bapa kandung kepada kanak-kanak itu.

Shaun Michaelsen, 41, pada Isnin memberitahu pihak polis bahawa dia berkawan dengan ibu kepada kanak-kanak tersebut,

Menurut keterangan mahkamah, kedua-dua ibu dan anak perempuannya tinggal bersama lelaki berkenaan selama beberapa hari.

Dia kemudian memberitahu bahawa budak perempuan itu meminta izin sama ada dia boleh memandu keretanya.

Menurut laporan polis, dia membenarkan kanak-kanak itu berbuat demikian sebagai cubaan untuk menjadi seorang 'bapa yang cool'.

Malah, Michaelsen turu memberitahu dia mengambil minuman keras.

Anggota polis Balai Jupiter, Craig Youchum dalam laporannya memberitahu, dia mengesan sebuah kenderaan membuat pusingan-U secara haram sebelum memecut laju, dalam kejadian pada pukul 12.10 pagi Isnin. - ABC 8News

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

cool, ayah, SUV,

Artikel Lain