suria

Pencuri tertidur di sofa ketika pecah masuk rumah mangsa

Seorang pencuri tertidur ketika memecah masuk rumah mangsa. Gambar hiasan/Foto Getty Images/RooM RF

SEORANG pencuri bernasib malang apabila ditemui tertidur di atas sofa di rumah yang dipecah masuknya.

Perkara itu didedahkan oleh pasukan polis.

Suspek lelaki berusia 35 tahun dari New Maiden di London, United Kingdom itu ditahan, selepas polis menerima panggilan daripada seorang wanita pada tengah malam Sabtu.

Menurut wanita berkenaan, ketika kejadian di pulang ke rumahnya di Kingston, dan mendapati seorang lelaki tidak dikenali tidur di atas sofa di ruang tamu.

Lelaki itu kemudian dibawa keluar oleh polis, sebelum tuan rumah menyedari dompet dan kad banknya hilang.

Wanita itu kemudian memaklumkan kepada pihak polis.

Berdasarkan pemeriksaan dibuat, barang yang hilang ditemui di dalam poket pencuri yang tertidur itu. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pencuri, pecah masuk, tertidur,

Artikel Lain