suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar helikopter mendarat di stesen minyak, juruterbang selamba ‘buat hal sendiri’

Juruterbang selamba mendaratkan helikopter untuk mengisi minyak di stesen minyak. Foto CEN

PEMILIK kenderaan dikejutkan dengan kemunculan sebuah helikopter yang mendarat di sebuah stesen minyak untuk mengisi bahan api.

Insiden yang pelik itu dirakamkan oleh pelanggan di stesen minyak Shell di Garwolin, Warsaw di Poland.

Klip tersebut dimuat naik di laman YouTube pada Isnin dan meraih lebih 382,000 tontonan.

Rakaman menunjukkan sebuah helikopter berwarna hitam mendarat di stesen minyak.

Keliharan juruterbang mengisi tangki minyak sambil diperhatikan oleh kakitangan stesen minyak berkenaan.

Juruterbang itu kemudian membuat bayaran sebelum memasuki kokpit dan berlepas.

Tindakannya yang selamba itu seperti tiada apa yang telah berlaku ketika itu. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain