Covid-19: Bayi berusia 2 hari meninggal dunia di Afrika Selatan, jadi antara korban termuda di dunia

Bayi berusia dua hari meninggal dunia akibat Covid-19 di Afrika Selatan. Foto: Rodger Bosch/AFP

SEORANG bayi berusia dua hari dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 di Afrika Selatan, menjadikannya salah seorang mangsa termuda yang maut gara-gara wabak itu.

Menteri Kesihatan Afrika Selatan Dr Zweli Mkhize berkata, ibu kepada bayi tersebut terlebih dahulu disahkan positif Covid-19 dan kemudian diikuti oleh bayinya.

"Dukacitanya kami telah mencatatkan kematian neonatal pertama yang berkaitan dengan Covid-19. Bayi itu berusia dua hari dan dilahirkan pra-matang.

"Bayi itu mengalami masalah paru-paru yang memerlukan sokongan ventilator selepas dilahirkan," kata Dr Zweli.

Sebelum ini seorang bayi berusia tiga hari dilaporkan meninggal dunia pada 5 Mei di United Kingdom akibat wabak Covid-19.

Dalam kes tersebut, kedua-dua ibu dan bayi diuji positif Covid-19 selepas proses kelahiran.

Angka kematian di Afrika Selatan kini berjumlah 339 orang, dan jumlah kes positif meningkat kepada 18,003. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Bayi, Afrika Selatan, Covid-19

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain