suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video transformasi gigi wanita jongang selepas kahwini doktor gigi tular

gigi

VIDEO ‘glow up’ dan transformasi kini menjadi trend di media sosial kerana ramai netizen berkongsi gambar lama dan terkini mereka.

Namun video TikTok seorang wanita mendapat 15 juta tontonan selepas dia berkongsi perubahan wajah terbaharunya.

Jaqueline Alarcao menjadi tumpuan netizen selepas dia memuatnaik foto gigi jongangnya sehingga mempunyai gigi cantik yang diimpikan ramai gadis.

Video itu ditulis dengan kapsyen:”Sebelum dan selepas saya berkahwin dengan doktor gigi.”

Jaqueline dari Brazil mempunyai lebih 151,000 pengikut di TikTok dan 15,000 di Instagram.

Rata-rata meluahkan rasa kagum dengan transformasi giginya.

“Menakjubkan. Gembira dia mencantikkan semula gigi kamu, ” tulis netizen.

Pakar bedah kosmetik turut berkongsi video tersebut di media sosial mereka sebagai tanda menghargai hasil transformasi itu. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain