suria

Pendam rahsia, gadis 14 tahun lahir anak hasil hubungan dengan teman lelaki ibu

Gadis itu hami dua kali dek perbuatan teman lelaki ibunya.

KERANA nafsu, lelaki ini sanggup melakukan perbuatan durjana ke atas seorang gadis berusia 14 tahun.

Lebih teruk, gadis itu merupakan anak kepada teman wanitanya yang juga telah bersalin seorang cahaya mata hasil hubungan dengannya.

Kejadian itu berlaku pada 2011 namun gadis itu baru mendedahkan kisah sebenar pada 2018 dan ia kini sedang dibicarakan di mahmakah di Leicester, England.

Pada waktu itu, lelaki berusia 22 tahun itu menjalin cinta dengan wanita yang berusia 35 tahun sehingga dia melahirkan bayi.

Akibat masalah kesihatan, wanita itu dan bayinya dimasukkan ke hospital.

Pada waktu itu juga, lelaki berkenaan menggoda anak gadis kepada wanita itu sehingga mereka terlanjur.

Selama ini, gadis itu berahsia dan menipu dengan ibunya.

Menurut gadis itu, dia mengaku anak yang dilahirkan merupakan hasil hubungan dengan teman lelaki di sekolahnya.

Namun, dia akhirnya membongkarkan cerita sebenar selepas hamil buat kali kedua hasil perbuatan teman lelaki ibunya itu.

Menurut hakim, kes itu terlalu rumit yang mana seorang lelaki bukan sahaja menjalin cinta dengan teman wanitanya malah dengan anak perempuannya juga.

Hukuman bagaimanapun belum ditetapkan lagi oleh pihak mahkamah. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

hamil, teman lelaki, anak gadis

Artikel Lain