suria

Sekumpulan perompak bersenjata pakai topeng muka Salah ditahan

Sekumpulan perompah yang ditahan didapati memakai topeng muka Salah. Foto Masrawy

EMPAT lelaki ditahan di Kaherah selepas cuba merompak sebuah premis perniagaan.

Kesemua mereka didapati memakai topeng yang menyerupai wajah bintang Liverpool, Mohamed Salah.

Kumpulan bersenjata tersebut ditahan polis ketika cuba merompak sebuah premis di Hassanein Heikal Street di Bandar Nasr di ibu negara Mesir.

Pada awalnya, mereka cuba melarikan diri selepas dihampiri pasukan keselamatan.

Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya diberkas oleh pihak berkuasa.

Salah menjadi salah seorang bintang bola sepak terkenal dunia selepas menyertai Liverpool dari Roma pada 2017. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

perompak, Mohamed Salah, Liverpool, topeng,

Artikel Lain