suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perancis catat 70 kes positif Covid-19 selepas seminggu sekolah dibuka semula

Sejak sekolah dibenarkan dibuka semula minggu lalu, sebanyak 70 kes positif Covid-19 dilaporkan di Perancis. Foto: Backgrid

KIRA-KIRA 70 kes positif Covid-19 dilaporkan di Perancis hanya selepas seminggu sekolah-sekolah di negara itu dibenarkan untuk dibuka semula.

Sebahagian sekolah mula dibuka minggu lalu dan seramai 150,000 pelajar kembali ke sekolah pada Isnin.

Menteri Pendidikan Perancis Jean-Michel Blanquer pada Isnin memberi peringatan dengan memberitahu radio Perancis, RTL bahawa pembukaan semula sekolah telah menyebabkan pelajar dalam bahaya.

Menurut menteri itu, sekolah-sekolah yang terjejas segera ditutup.

Sementara itu media Perancis pula melaporkan bahawa tujuh sekolah di utara negara itu sudah diarahkan ditutup.

Blanquer bagaimanapun tidak menyatakan sama ada 70 kes Covid-19 itu adalah dalam kalangan pelajar atau guru.

Memandangkan tempoh inkubasi virus tersebut adalah beberapa hari, orang ramai berkemungkinan telah dijangkiti sebelum pembukaan semula sekolah, katanya.

Perancis membuka semula kira-kira 40,000 prasekolah dan sekolah rendah minggu lalu, dengan bilangan pelajar dihadkan kepada 15 orang untuk satu kelas. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, Perancis, sekolah

Artikel Lain