suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Askar digantung tugas selepas tunjuk bakat menari dalam video TikTok

Video TikTok ini bagaimanapun sudah dipadamkan.

SEORANG pegawai tentera digantung tugas selepas dia berkongsi video TikTok.

Dalam video itu, dia kelihatan sedang menari sambil memakai seragam tentera sewaktu sedang bertugas.

Kejadian melibatkan Esdras Lainez itu dirakam di Pejabat Pertahanan Keselamatan, Tegucigalpa, Amerika Selatan.

Dalam video yang sduah dipadam itu, Lainez kelihatan duduk di kerusi sambil memegang senapang.

Dia kemudiannya meletakkan senjata api itu sebelum melakukan aksi tarian.

Dalam pada itu, penyanyi kepada lagu yang menjadi muzik latar video berkenaan turut meluahkan rasa simpati atas nasib menimpa anggota itu.

"Berharap agar dia dapat semula pekerjaannya," tulis Ricardo Garcia Ortiz, penyanyi Puerto Rico yang terkenal dengan lagu Tra tra ta. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

askar, TikTok, senapang

Artikel Lain